Monday, April 27, 2015

Kalau Betul Keterbang Tu Terhempas, Jangan Ingat Pulak Doa Mu Tuhan Makbul.

Hai,

Orang kata sebab mulut badan binasa..

Ada kawan up status kat fb, tentang seseoarng naik pangkat.
Dan ahkak dengan nada bergurau pun cakap, so, si PA orang tu, kira naik pangkat jadi Bos la kan.

Tapi kita tatau kekadang apa kita taip tu, niat bergurau, tapi ada orang terguris.

End up, orang kecik hati, dan katanya telah doakan keterbang ahkak nak balik Meresia nanti terhempas..

Hurm...
Itu kira doa ke? 


Thursday, April 23, 2015

Melayu Islam Minum Red Wine di Luar Negara.

Alhamdulillah, kesihatan beransur baik. Cuma jalan selow selow...no more jalan kepit kepit...Kena jalan kengkang2 skit macam ada batu besar celah kangkang sebab kalu kepit, lagi sakit tulang tongkeng.

Nak jadi citer, kakaks caruts kuat datang melawat di rumah sepanjang Ahkak bercuti sakit. nak dijadikan cerita, atas meja makan ahkak, ada la botol (seperti gambar di bawah).

Macam biasa lah, anak ahkak ni suka minum jus blekkarrent. Jus anggur la orang Merayu panggil khen? Ritu ahkak beli dah ribena, tapi derang ad dinch sangat. Beli jenis jus jus lain pun derang tak suka. So, ada ahkak pegi  satu mall, jual groceries, terjumpa la air sparkling ni.  Beli lah kah, dan bagi la anak ahkak minum. Suka pulak derang minum sparkling ni. Okay la kan, minum air anggur banyaklah vitamin nya.  

Kakaks caruts kuat   : eh ni botol air apa ni?

ahkak Joy    : air jus anggur

Kakaks Caruts Kuat  : eh ko jangan nak tipu aku ye? kau laki bini minum wine eh? nak jadi kapir ye? ko ingat aku bodo ke?

ahkak Joy    :  akak oi, ni air jus anggur la..letak gas skit...sparkling nama nye....meh ai ai kasi yu rasa.


ahkak pun bukak la....kalu siapa penah minum sparkling ni mungkin la tau kot, nak bukak botol ni ada la bunyi pop skit..

Kakaks Caruts Kuat   :  haa..tu bunyi macam bukak wine tu...biasa akak tengok dalam tivi omputih minum camtu.

ahkak Joy   : ishh..takde la..air biasa je ni..tak mabuk pun ni...minum minum...macam air ribena je ni.

Kakaks Caruts Kuat   : kalau bukan wine pun, rupa bentuk pun sama je ni..menyerupai ni ...berdosa ni....


ahkak malas layan lah..ko nak minum, minum je la..ko nak caruts, suka ati ko lah kan?? lantas ahkak hulur jugak la kat suami si Kakaks Caruts Kuat tu.


Suami kakaks caruts kuat    : Eh...ni rasa sama je macam wine...cuma takde alkohol je..


dan ahkak pandang suaminya si Kakaks Caruts Kuat dan tanya.


"eh yu tau plak ye rasa wine camne?"



Sekian.

Wednesday, April 22, 2015

Terima Kasey Yuols. (walau hakikat saling maki memaki)

Ahkak tergolek jatuh tangga rumah yuols! Sakitnya Ya Robbi.


Dulu masa muda rewmawjew dulu bukan tak penah jatuh pokok, jatuh beskal, jatuh katil secara terduduk, penah jugak, tapi efek kesakitan  tu tidaklah seteruk ini yuols.

Bukan lah nak cerita pasal kesakitan pongkok ni sangat....tapi nak citer pasal perangai perangai bani Merayu di bumi konkosen ni...

Bila dah jauh dari bumi Meresia, memasing mula la rasa hebat, angkuh, riak takabbur gittuew (kira ahkak termasuk lettuew gamaknya). Aku baik ngan kau, tapi aku tak suke orang tu, so ko jgn g kawan ngan orang tu...

Ko baik ngan orang tu, aku tak suka orang tu orang ni, ko jgn nak kawan ngan orang ni, ko baik ngan dia, so aku putus kawan ngan ko...
Haaa....gitu la kekdahnya....dan sedikit annoying la bila ko, orang Islam, duduk di bumi kokesen ni, bila ko terlebih rapat dengan kokesen. Join derang birthday party anak nya, join derang piknik-piknik bbq bagai, terus ko di cop murtad..makan babi, pegang hanjing, togok beer, lupa waktu solat.

Bukan la ahkak nak meng"up"kan status ahkak ni kan..ahkak kador diri, tak bertudung, tapi ahkak tidak pulak nak mencerca mereka yang bertudung tu...walau mulut tu sampai senget senget makan daging saudara sendiri....

Meka ni time bila mengata kawan kawan seMeresia, kemain meriah, dia tak kena, dia jahat, dia masak tak sedap, dia kontrol laki, dia dera lagi, aku ni je la yang baiknya...ko jgn kawan ngan dia nanti ko jadi cam dia...ishhh...serba serbi dikontrol la. Lelebih lagi ahkak ni paling mudew rewmajew kat sini..kena la ikut cakap ahkak ahkak "tua" skit dari ahkak.. Konon banyak pengalaman gittuew.

oh citer pasal tu, lupa plak. Mereka mereka ni sesama mereka bila depan kemahin mulut manis, secangkir madu gitu..bila belakang belakang, mengata hebat..

tapi lantak la kan, yang penting sepanjang ahkak tersadai di rumah, melayan sakit pongkok, bertalu talu orang datang hantar lauk.. Biasala, orang sakit mana larat nak masak.

Dan terima kasih la yuols.. berjemaah jugak yuols berbincang apa nak masak untuk orang sakit ni...walau hakikatnya ai tau, yuols ni saling maki memaki...