Sunday, August 3, 2014

Kali Pertama Beraya secara kelam kelibut.

Kak Joy percaya, banyak blog blog skarang ni duk update pasal hari raya yuols. Kemungkinan besar sampai raya ke 10 kot. Khellas yuols...baju kurung berganti ganti..Gigih kan.

Bagi kak Joy dan abang Johnny, ini lah kali pertama kami beraya tanpa ibu bapa dan mertua di sisi. Kami cuma beraya bersama kawan kawan seperkerjaan yang mananya semua kaki plastik, kuat berlakon, mulut puaka, depan lain belakang lain dan pain in the ass. Nak tanak, kerna tugas, Kak Joy turutkan saje.  

Di sana dah kecoh announce hari Isnin cuti, tapi kami disini sangatlah lambat nak tau keputusan. Kerana di sini masih lagi mengikut sunnah, tengok anak bulan dengan mata kasar. Caranya orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk duduk di atas bukit, dan tengok bulan dengan mata kasar.  Nak jadikan cerita, dah jam 8.30 malam, tapi takde apa keputusan lagi bilakah rayanya. Dah dekat jam 9.00 malam, baru pihak yang bertanggungjawab announce bahawa hari Raya Aidilfitri jatuh kepada hari Selasa. Jadi, Kak Joy dan anak beranak, tido la awal kan.  


Nak dijadikan cerita, kami bangun pagi jam 5.00am, untuk siap siap bersahur dan untuk bersiap ke pejabat..
Dah makan siap sendawa bagai, baru je nak mandi, cek henpun, dapat email, rupanya  hari tu (Isnin) raya..apa lagi, kelam kelibut kami neh.

Jadinya juadah pagi raya kami adalah Nasi Lemak + Sambal Bilis.

Dah tengahari sikit baru la dapat merasa rendang daging, kuah kacang dan nasi impit.

Sedih...

Dah la mak ayah jauh...

Sob sob sob...

Bergembira la korang dekat ngan ahli keluarga.......

1 comment:

azam said...

johny siap hahaha