Tuesday, August 5, 2014

Ahkak boleh la di kategorikan sebagai ISTERI CEMBURU BUTA


Cemburu merupakan emosi dan biasanya merujuk pada fikiran negetif dan perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, terutama merujuk pada hubungan manusia. Cemburu sering kali merupakan gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat. Dalam makna umum yang digunakan dalam rencana ini, cemburu berbeza dengan iri hati, sungguhpu kedua istilah secara popular hampir menjadi sama.  Cemburu merupakan perasaan biasa dalam hubungan sesama manusia.

Cemburu sering kali diperkukuhkan sebagai siri emosi kuat dan dibentuk sebagai pengalaman manusia umum; ia telah menjadi tema banyak karya artis. 

Haa...gigih ahkak google wikipedia yuols.


Cemburu memang sinonim dengan ahkak. Tapi ahkak tatau la camne korang tafsirkan cemburu tu. Kalau ahkak duk tanya tanya laki mana pergi, dengan sapa pergi, bila nak balik, mana nak minum, sape lagi tu bole dikatagorikan sebagai cemburu, YES, Ahkak Joy memang seorang yang KUAT CEMBURU.

Eh aku gagal la nak buat pendahuluan...susah la nak olah ayat, meh la ahkak citer terus kepada titik (straight to the point).
Kisahnya begini lah kan, dua tiga hari selepas raya baru ni, ada lah kawan buat makan makan skit untuk kami. Datang la kami laki bini sekeluarga dan ada lah dalam 3 pasangan suami isteri lagi kan. Masing masing dah beranak pinak, dan dalam 4 family tu kiranya ahkak dan laki ahkak la paling muda gitu walau kekdahnya memang da kertu.

Apa la kesahnya cerita memula yang boleh membawak kepada amarah Ahkak Joy kepada mereka yerk? Ohh..ada la pasal kisah kawan kepada seorang teman ni, katanya dia bawak la seorang kawan dia keluar pegi karaoke, lepas tu nak jadi citer, si laki kepada kawannya yang dibawak karaoke tu, telefon bini dia di rumah. Jadi apa yang derang assume ialah, ISTERI kepada kawannya yang dibawaknya karaoke tu CEMBURU BUTA. Asyik sibuk je nak tau mana laki nak pergi.  Masa memula ni ahkak dah berasap dah. Lepas tu dikutuk kutuk pulak si bininya, sibuk hal laki la. Cemburu tak memasal dah sampai laki rimas lari kuar rumah pegi karaoke bla bla bla.

Masa ni ahkak Joy dah tatahan, sebab ape, ahkak letakkan diri ahkak dalam keadaan isteri yang mana duk umah tunggang langgang basuh berak anak, masak untuk laki, kemas umah, tapi bila time kita ni, isteri nak duduk duduk depan tivi, sembang sembang ngan laki bercerita apa yang terjadi di rumah pada siang harinya, tetiba laki bole pulak pegi melalak lalak, enjoy ngan kawan kawan di luar. Jadi ahkak pun jawab

"tak ada la tetiba seorang isteri tu nak cemburu atau nak curiga apa apa tanpa sebab. Sebab tu keluar pepatah, takkan pokok bergoyang kalau takde angin, mahupun monyet ke kera ke goyangkan.  Mesti ada sebab kenapa bini dia acted macam tu. tah tah sebelum tu penah kantoi ngan perempuan ke, atau pernah ada cubaan nak curang. Sebab tu sebagai wanita dan isteri, rasa curiga tu tetap ada walau si suami dah minta maaf. Tapi kami wanita tatau camne nak sorokkan rasa cemburu tu..kami lebih banyak bertanya dan tunjukkan emosi kita. Tapi orang yang tak paham akan terus judge kami sebagai cemburu buta."


Lepas tu laki Ahkak Jeling ahkak.  Mau nya tak jeling..kalau bab orang nak ckp si bini cemburu ke kongkong suami ke, ahkak sangat sangat la berapi.

Orang lain yang kawen dengan ustak dan alim ulamak bole la cakap,

"ah takpe...laki ai nak kuar lepak ngan kawan dia ai tak kisah...ai percaya dia"

tu takpe la..kalu percaya laki, duk diam diam la...tapi jgn plak nak mengata orang lain cemburu buta.
Mungkin kau percaya laki kau..tapi kau bole percaya pehempuan pehempuan sekarang??

Mungkin jugak kau cakap, ko selalu ingatkan laki kau

"kalau yu ada niat nak pasang dua or tiga, belikan ai sebuah banglo dan duit belanja bulan bulan 5 ribu"

Dan laki kau pun kata "iyaa...ai tak mampu nak beli banglo ngan bagi duit belanja bulanan 5 ribu"..dan kau terus rasa secure, kau biarkan laki kau keluar huuha huuhaa dengan kawan kawan dia. Tapi kau kena ingat, lelaki ni kalau dah jumpa perempuan yang dia suka, dia berubah hati, dia heran ape dia tak mampu bagi banglo or duit 5 ribu sebulan pun. Silap gaya ditinggalnya kau.

Dan kalau kau kata kau percaya laki kau bulat bulat, kau boleh percaya kawan-kawan laki kau? bawak pegi karaoke pulak tu. Ni mukan karaoke jamban hokey...ni karaoke yang ada extra service bagai. Tah tah kawan dia bawak kekasih gelap, dan kekasih gelap pulak bawak member tolong teman.. dan takkan kekasih gelap kawan laki ko tu nak berkepit je ngan kawna dia, mesti nak romen romen...abis yang teman nya tu mana nak letak? mesti laki ko kena melayan..end up bertukar tukar no telefon, dan sape tau nanti bole jadi scandel.

Ni nak citer kisah benar ye.  Bukan la nak kata tak boleh laki dan perempuan kawan baik, tapi pernah tak kita nak selami perasaan isteri kawan lelaki kita tu?

Masa ahkak dan abang Jay (singkatan bagi Johnny) masih lagi pasangan kekasih, ada lah satu hari ahkak ternampak satu sms dari kawan perempuan abang Jay. Apa tah mesesnya tapi ayat last sampai sekarang ahkak ingat. Tau apa dia tulis

"haa..cepat cepat delet meses ni..nanti awek nampak mengamuk plak"

dah mendapattt...memang kompem la ahkak baca..dan kompem la ahkak mengamuk. Ahkak mengamuk bukan la pasal ahkak cemburu . Ahkak kenal abang Jay baru lagi dan abang Jay memang dah lama baik dengan kawannya. Tapi yang buat ahkak marah ialah, kenapa nak kutuk awek kawan kau? kau sape? kalau kau hebat, apasal ko tak jadi awek dia? kenapa aku? 
Sama jugak. Kenapa nak perli perli kawan kawan lelaki (bagi yang perempuan) yang mana dikatanya isteri kawan lelaki ko tu kuat cemburu? kau sape? kau tau luar dalam hal laki aku?

Aku nak sibuk tanya laki aku balik pukul berapa ke, nak keluar dengan sape ke, apa hal ko nak kesah? Aku cemburu sebab aku sayang dan aku tak mau laki aku terjebak dengan perkara tak elok..dan yang paling penting, aku tak mau laki aku pandang perempuan lain. Aku dah korbankan hidup aku untuk berkahwin dengan laki aku, lahirkan anak laki aku, putuskan perhubungan sosial dengan kawan kawan perempuan bujang yang lain semata mata aku nak berkhidmat sebagai seorang isteri dan ibu kepada rumahtangga aku. Tapi yang menjadi kesedihan aku apa bila laki aku pulak cari hiburan di luar. Tak cukup lagi ke apa aku dah buat. Kau tak tahu apa jadi kepada rumah tangga aku, ko nak cakap aku CEMBURU BUTA?

Kepada pehempuan pehempuan yang lahar sangat ni mengata bini orang, moga moga nanti laki korang yang korang caya sangat tu buat hal, ....haa lepas tu pulak jangan la pulak ko nak menggelabah eh...masa tu la baru kau tahu erti penasaran!!

Dan kepada para suami, kalau betul pun nak keluar, apa salahnya kalau bini call, jawab je la. Kalau betul takde simpan resia, simpan betina apasal nak takut angkat call? Lepas tu nak citer kat kekawan bini kau camni camtu? Kau sendiri yang burukkan isteri depan kekawan apa hal?

Serius. Ahkak memang bab bab orang kata isteri orang tu cemburu buta ke hape, memang sensitif. Aku sayang laki, so, aku acted camni. Abis kau sape nak sibuk rumahtangga aku?

Sekian. 


1 comment:

Irfa said...

kan???
ayat ni aku suka baca

Aku dah korbankan hidup aku untuk berkahwin dengan laki aku, lahirkan anak laki aku, putuskan perhubungan sosial dengan kawan kawan perempuan bujang yang lain semata mata aku nak berkhidmat sebagai seorang isteri dan ibu kepada rumahtangga aku.