Wednesday, January 15, 2014

Sensasi : Isteri Bekerja Tolak Disetubuh Tak Dilaknat

Memula sekali tengok article ni macam trending kat FB, dan mostly yang share article ni adalah golongan isteri bekerja, perkara pertama yang timbul kat benak ahkak ialah

"wow, sungguh nya la nak bgtau donia yang dia ni selalu tolak permintaan suami dia"

Ahkak bukan pandai nak berceramah, atau nak berdakwah, tapi tu la kan, mende cenggini macam nak bgtau dunia yang "suami saya tidak pandai bertolak ansur dengan saya bila saya penat, sebab itu saya kena keluarkan article ni buat tatapan suami saya dan suami suami diluar sana"...

Okay, suami suami jangan senyum dan sengih melebar sangat. Macam biasa, kalau ada masalah atau perangai isteri yang tak elok, bukan salah isteri seorang ye, suami pun main peranan jugak..

Bagi ahkak, Sex is sesuatu yang patut diraikan, sesuatu yang patut dinikmati dalam perhubungan dan sex is salah satu cara untuk selesaikan masalah, pertikaian....

Ahkak tak salahkan isteri yang menolak permintaan suami. Mesti ada sebab. Kan? Antaranya, ialah merasakan Sex adalah beban, memenatkan, menyakitkan? Kenapa? Usia perkahwinan yang lama, membuatkan kehilangan "sparks" dalam perhubungan. 
Ingatkan masa kita memula kahwin dulu? Masa mula mula suami menyentuh kita? apa kita rasa? Letrik sana sini kan? Kenapa semua tu dah takde sekarang?? Kenapa? 

Jangan nak kompius sangat lah. Mendalah tu normal. Semua pasangan yang dah berkahwin "lama" kebanyakan dah ilang "letrik"nya. Jadi kalau dah hilang pun, takkan kita nak hilangkan macam tu saje? Jadi, ada cara lain untuk kita ganti ngan "letrik yang hilang" itu..

Sebab tu orang kata, buat suatu yang baru dalam perhubungan. Cipta sesuatu untuk meraikan perhubungan. Sambut anniversary dengan cara yang istimewa. Tak kisah la anniversari 1st terpegang tangan ke, Anniversary merisik ke, Anniversary bertunang ke, Anniversary Kahwin ke..kan?

Oh dah lari plak..Kita nak huraikan pasal kenapa isteri tolak pelawaan suami kan tadi? Sebabnya SUAMI sendiri... hahahah..apa apa pun kita salahkan suami lah dulu..

1. Suami menjadikan SEX adalah untuk sendiri punya kepuasan. Ahkak ada pernah terdengar cerita bahawa si isteri tak pernah orgasm sepanjang perkahwinan. Kenapa? Ada jugak orang kata, women orgasm is a mitos. Mitos ke? Betul ke? korang tak penah orgasm ke? helloooooooooooo....
Suami, please take note, mohon baiki prestasi, jangan nak sedap sorang..selagi isteri tak orgasm, selagi tu la bantu isteri..mana aci korang neh.

2. Sex is hambar. No loving words, tiada sentuhan kasih sayang..Do you guys really think kami perempuan nak terus kena attack at the private part? tak perlu nak bagi sentuhan kasih sayang? tak perlukan ciuman di dahi? tak perlukan apa apa perkataan yang mengatakan kami ni seksi, cantik dimata kamu?

3. Kemaruk sex sangat. Ingat skit, kita ni dah tua. Tak payoh la nak lenjan sangat macam memula kawen tu. Awak tu sakit lutut, high blood pressure bagai...Anak bilik sebelah pulak kompius kemain ape mende bunyi hentak hentak kat bilik sebelah ni. Go slow sudah la..Orang dah tua kan...jgn nak pecut sangat..So, cara tu, isteri pun akan enjoy.

4.  Komunikasi..Tanya isteri apa yang dia mau? Do it this way, or that way?

Isteri penat bantu suami bekerja satu hal, nak layan kehendak suami pun satu hal. Jadi sebelum suami totallay nak salahkan isteri, suami terlebih dahulu kena paham dan tau kenapa isteri berbuat demikian. 
Sekiranya suami perfect dari segala hal, membantu isteri dalam kerja rumah tangga, siapkan anak, kemas dapur selepas makan, tiada istilah isteri tolak permintaan suami selepas ni.

Ni tak, dah balik amik anak, laki siap siap cabut baju, terbungkang depan tivi, bini berlari ke dapur masak, anak merengek minta tukarkan pempes, laki ajar anak suh pegi dekat mak, mak masak, hidangkan makanan, kemaskan dapur, naik atas siapkan peralatan anak nak sekolah, mandi, baru nak baring tetiba laki dah sengih sengih...

Tak ke nak kena tolak kalu gitu?

So, rumusannya jadikan perhubungan dan sex sebagai suatu perkara yang kita suami isteri akan enjoi..masa tu la kita nak lepaskan penah lelah kita semasa bekerja, massage each other, tell ur partner how much you love em.  Cuddles...Isteri suka dipeluk..suka dibelai..

tau?

12 comments:

Irfa said...

kak joy, entri terbaik

Ni tak, dah balik amik anak, laki siap siap cabut baju, terbungkang depan tivi, bini berlari ke dapur masak, anak merengek minta tukarkan pempes, laki ajar anak suh pegi dekat mak, mak masak, hidangkan makanan, kemaskan dapur, naik atas siapkan peralatan anak nak sekolah, mandi, baru nak baring tetiba laki dah sengih sengih...

perenggan ni, aku gelak besar

faraherda.razalan said...

Betul! Ralit sy baca entri ni kak. Hahahah! Mmg betul pun point2 akak tu. Paling best, coinclusion bwh tu. Betul gak.

Suzeng Shaklee said...

aik... pah mane dh kak joy? ni ahkak ahkak plak... hihi

Lady Windsor said...

kak joy
I tersepichless baca perihal SEKSa ni..setuju sangatlah bab laki kalo balik kerja terus hempas tubuh atas sofa sedang sang bini terpempan pempan masak sana sini..tak patut betul laki gitu!

Encik Adam said...

saya mengajak kaum isteri memikirkan kesan penolakan apabila suami bernafsu . lelaki sebenarnya patah hati sedangkan nafsunya bergolak bak ribut tetapi ditolak oleh isteri dengan cara direct mahupun tanpa sedar .

saya bukan nak cakap suami tak faham situasi isteri tetapi nak kaum isteri cuba fahami kenapa ajakan suami amat amat disuruh ditunaikan hatta sedang berada atas unta.

kesannya pada suami amat mendalam . patah hati on the spot tetapi bagi jangka masa panjang.. aduuhhhh.. saya ajak fikirkan kenapa jangan ditolak.

Encik Adam said...

bagi wanita berkerjaya .
nasihat saya ..nak share sebagai seorang lelaki .

lelaki memahami isterinya pulang keletihan dari bekerja.
lelaki juga memahami tubuh badannya memerlukan isteri untuk disalurkan nafsunya.

saya tanya para isteri yang bagi alasan sebab kerjaya .
berapa lamakah komitmen puan untuk urusan kerja bermula dari persiapan di rumah , berangkat menuju tempat kerja , pulang dari kerja dan tidak termasuk yang bawa balik kerja ke rumah . Berapa ramai client yang kena hadap setiap hari , berapa ramai rakan sekerja @ pegawai atasan @ majikan yang kita kena jumpa dan berinteraksi . SOALAN UTAMA SAYA IALAH BERAPA LAMA KITA HABISKAN MASA UNTUK MEREKA .

saya tanya , berapa lama masa diperlukan untuk menunaikan nafsu suami . Puan lebih mengetahui potensi dan kemampuan suami masing masing. ada seminit. ada 2 minit , ada yang 5 minit , ada 10 minit . Berapa lama suami dapat bertahan?

NAH SEKARANG BANDINGKAN MASA UNTUK MEMUASKAN NAFSU SUAMI DENGAN MASA UNTUK KERJAYA.

bandingkan masa untuk memuaskan hati pelanggan dengan masa untuk puasakan nafsu suami .

memang puan keletihan , tetapi cuba jangan jadikan kerjaya sebagai alasan sebab suami memang memahami puan keletihan tetapi .... please think again .. pentingkah kerjaya berbanding kepuasan suami sebab ianya tugas hakiki sang isteri .

saya tidak mengajak untuk berdialog tetapi hanya ingin memberi "refresh" .

redha suami menentukan neraka atau syurga para isteri . Bukan redha pelanggan di tempat kerja .. sebaliknya pelanggan bernama suami.

Mr.MaMa said...

Amin bro, ini yg aku nak sampaikan dengan isteri ku. Lelaki yg kuat itu adalah lelaki yg penyabar, anak Dan isteri itulah cobaan dunia Dan akhirat. Sekiranya kita diam, org kata kita dayus, sekiranya kita tegas, org kata kita tak syg Bini, tak paham Bini. Ya Allah, tlg la pahamkan isteri² yg mcm ni, dunia kamu kejar akhirat kamu tinggalkn, bila ckp mcm ni suami lg d salahkan, kan itu semua tanggungjwb suami, bukankah suami itu imam pada keluarga ke. Pendek kata tegur salah, tak tegur salah, bila penceraian lelaki jg yg d persalahkan.. Tension

Mr.MaMa said...

4. Komunikasi..Tanya isteri apa yang dia mau? Do it this way, or that way?

Isteri penat bantu suami bekerja satu hal, nak layan kehendak suami pun satu hal. Jadi sebelum suami totallay nak salahkan isteri, suami terlebih dahulu kena paham dan tau kenapa isteri berbuat demikian.
Sekiranya suami perfect dari segala hal, membantu isteri dalam kerja rumah tangga, siapkan anak, kemas dapur selepas makan, tiada istilah isteri tolak permintaan suami selepas ni.

Statement ni xkena gn aku joy, aku Bantu hal Rumah, hal anak, tp kenapa isteri masi dingin? Lama sgtka 10min layan suami?

Khairudin Ismail said...

Isteri saya tk berkerja. Saya seorang menanggung seluruh keluarga. tapi dia selalu komplen penat setiap mlm padahal setiap kali saya dirumah atau masa cuti dia byk habiskn masa dilaman sosial sperti facebook & whatsapp. Pernah saya tk dpt sentuh isteri saya hampir 3 bulan. Itu pun saya pujuk dia untk bersama sebab saya da betul2 tk dpt tahan keperluan untk bersatu. Allah saje yg tau perasaan saya. Sudah berapa kali saya menasihatinya. Slalu jga saya cuba memberinya kesedaran dgn nasihat berladaskan islam. Namun dia slalu menepis dgn alasan yg tk munasabah. Sekian itu saja yg saya ingin luahkn. Harap2 saya tidak mengaibkn isteri saya. Ampunkn saya ya Allah. Ini hanya luahan seorg insan. Wasalam