Wednesday, January 8, 2014

Kak Joy Suka Bebel

Haa...korang da kena tipu kan? konon Kak Joy nak rajin update la kan?  Phuiiii sangat kan?

Biasala..Kak Joy kerja yuols. Bizi skit. Nak kena tingkatkan prestasi jugak ni. Well, nothing much to tell actually. Hidup normal, sama cam orang lain, tapi makin membadak je la kan. 

Oh ok, nak cerita pasal abang John (laki kak Joy). Sekarang ni dia sangat rajin bantu kak Joy kat dapur, suka rasa masakan Kak Joy, dan tambah la garam ke, gula ke apa apa yang dia rasa tak cukup. But lately makin teruk pulak dia punya lidah. Kuat masin plak sejak akhir akhir ni. Ape ke tah hal nya.. Banyak kali Kak Joy pesan, jgn banyak garam, kurang kan garam dalam masakan bla bla bla...

Dan cara cakap kak Joy macam biasa je, kekadang lelaki ni tak suka bini membebel sangat. Jadi kak Joy macam takat ckp masa sambil masak tu la.

Nak jadikan cerita, kelmarin kak Joy tak perasan, dia dah tambah garam dalam Kari Ayam . End up kari tu sangatlah masin. Tapi masuk kat tekak abang John, dia nak tambah lagi garam. Katanya tasteless!!!

Kak Joy teruskan makan. Diam, tapi dah meluap luap ni...marah, sebab banyak kali dah pesan, jaga makan, jaga itu ini. Dan setelah berpikir pikir, dipejam pejam mata, sambil basuh pinggan, kak Joy pun nekad,


"Yu, why dont you listen to me? Yu ingat bagus ke kalu banyak garam? nanti darah tinggi yu tau tak? 
Yu ingat senang ke ai nak hidup kalau yu takde?nak tanggung anak lagi"

dan abang John jawab,

"duit KWSP ai kan ada...dah dekat 60ribu kan? kan ai da letak yu as penama? insurans bagai"

uishh..meluap luap plak amarah aku ni hah

"50ribu banyak? cukup? do yu really thinks it is enuff? yu ingat yu mati, ai dpt 60k tu? tak payah hulur kat mak bapak yu jugak? ai sorang dapat? kurang kurang 10k for ur mum, 10k for ur abah!! so, tinggal kat ai 40k je. Macam mana hutang piutang yu? takkan ai tak yah setelkan? kurang kurang 15k. Pastu brape tinggal lagi kat ai?
Dah tu nak cari laki sekarang bukan senang..susah la lelaki nak kawen ngan perempuan dah ada anak ni..
kalau jumpa pun, nak buat belanja kawen? pakej perkahwinan sekarang kemain mahal? 
Tu tu yu mati...tak payah buat batu nesan? batu nesan mahal skarang...marble punya kemain la kan 3k.. Takkan ai nak letak simen biasa je..nanti belah belah family yu tuduh ai songlap semua duit kwsp yu bagai...cakap ai enjoi ke bagai..
Tu keta tu, yu mati takkan ai nak pakai keta tu lagi..mesti menimbulkan nostalgia..mesti nak tukar keta baru..acaner??
hah..acaner??

itu ai tak masuk lagi bab belanja anak!!! hah acaner?"


dan, cuma satu je perkataan yang keluar dari mulut abang John

"Ah bengong"....

Nasib la kau kan....hahahahahahaha

Ni contoh makanan sihat..tapi dia tabur garam plak untuk dia punya partion...nasib la kan...


*kemain aku bebelkan laki..entah entah kak Joy mati dulu kan?

4 comments:

si gebu said...

amboiii..amboiii kak joyyyyy..
lamanya nak tunggu entry yg trkini....rindu oooiiii...
harap lepas ni banyak lagi ceta ye...

Irfa said...

betul tu, aku suh laki benti merokok
aku cakap kat dia, kalau dia mati dulu, sapa nak ambik janda anak 3 ni?kalau orang nak kat aku, nak ke bela anak2 sekali.huhu
#tapi kalau boleh ingin tua bersama
melihat kedut dipipi masing2,huhu

Joyah Kebaya Ketat said...

dah la susah nak cari laki, kalu dapat laki baru pun jenis muka pecah rumah, tak sekacak laki sekarang kan? hahahaha

Lady Windsor said...

Kak joy
I setuju sangat dengan ayat yang kaler biru tu. dia hengat namploh ribu tu banyak? heshh nak beli keta idaman pun tak lepas kan..silap gaya mak bapak dia tuduh kita gila wang anak dia..teman tak kebulor..