Wednesday, January 15, 2014

Sensasi : Isteri Bekerja Tolak Disetubuh Tak Dilaknat

Memula sekali tengok article ni macam trending kat FB, dan mostly yang share article ni adalah golongan isteri bekerja, perkara pertama yang timbul kat benak ahkak ialah

"wow, sungguh nya la nak bgtau donia yang dia ni selalu tolak permintaan suami dia"

Ahkak bukan pandai nak berceramah, atau nak berdakwah, tapi tu la kan, mende cenggini macam nak bgtau dunia yang "suami saya tidak pandai bertolak ansur dengan saya bila saya penat, sebab itu saya kena keluarkan article ni buat tatapan suami saya dan suami suami diluar sana"...

Okay, suami suami jangan senyum dan sengih melebar sangat. Macam biasa, kalau ada masalah atau perangai isteri yang tak elok, bukan salah isteri seorang ye, suami pun main peranan jugak..

Bagi ahkak, Sex is sesuatu yang patut diraikan, sesuatu yang patut dinikmati dalam perhubungan dan sex is salah satu cara untuk selesaikan masalah, pertikaian....

Ahkak tak salahkan isteri yang menolak permintaan suami. Mesti ada sebab. Kan? Antaranya, ialah merasakan Sex adalah beban, memenatkan, menyakitkan? Kenapa? Usia perkahwinan yang lama, membuatkan kehilangan "sparks" dalam perhubungan. 
Ingatkan masa kita memula kahwin dulu? Masa mula mula suami menyentuh kita? apa kita rasa? Letrik sana sini kan? Kenapa semua tu dah takde sekarang?? Kenapa? 

Jangan nak kompius sangat lah. Mendalah tu normal. Semua pasangan yang dah berkahwin "lama" kebanyakan dah ilang "letrik"nya. Jadi kalau dah hilang pun, takkan kita nak hilangkan macam tu saje? Jadi, ada cara lain untuk kita ganti ngan "letrik yang hilang" itu..

Sebab tu orang kata, buat suatu yang baru dalam perhubungan. Cipta sesuatu untuk meraikan perhubungan. Sambut anniversary dengan cara yang istimewa. Tak kisah la anniversari 1st terpegang tangan ke, Anniversary merisik ke, Anniversary bertunang ke, Anniversary Kahwin ke..kan?

Oh dah lari plak..Kita nak huraikan pasal kenapa isteri tolak pelawaan suami kan tadi? Sebabnya SUAMI sendiri... hahahah..apa apa pun kita salahkan suami lah dulu..

1. Suami menjadikan SEX adalah untuk sendiri punya kepuasan. Ahkak ada pernah terdengar cerita bahawa si isteri tak pernah orgasm sepanjang perkahwinan. Kenapa? Ada jugak orang kata, women orgasm is a mitos. Mitos ke? Betul ke? korang tak penah orgasm ke? helloooooooooooo....
Suami, please take note, mohon baiki prestasi, jangan nak sedap sorang..selagi isteri tak orgasm, selagi tu la bantu isteri..mana aci korang neh.

2. Sex is hambar. No loving words, tiada sentuhan kasih sayang..Do you guys really think kami perempuan nak terus kena attack at the private part? tak perlu nak bagi sentuhan kasih sayang? tak perlukan ciuman di dahi? tak perlukan apa apa perkataan yang mengatakan kami ni seksi, cantik dimata kamu?

3. Kemaruk sex sangat. Ingat skit, kita ni dah tua. Tak payoh la nak lenjan sangat macam memula kawen tu. Awak tu sakit lutut, high blood pressure bagai...Anak bilik sebelah pulak kompius kemain ape mende bunyi hentak hentak kat bilik sebelah ni. Go slow sudah la..Orang dah tua kan...jgn nak pecut sangat..So, cara tu, isteri pun akan enjoy.

4.  Komunikasi..Tanya isteri apa yang dia mau? Do it this way, or that way?

Isteri penat bantu suami bekerja satu hal, nak layan kehendak suami pun satu hal. Jadi sebelum suami totallay nak salahkan isteri, suami terlebih dahulu kena paham dan tau kenapa isteri berbuat demikian. 
Sekiranya suami perfect dari segala hal, membantu isteri dalam kerja rumah tangga, siapkan anak, kemas dapur selepas makan, tiada istilah isteri tolak permintaan suami selepas ni.

Ni tak, dah balik amik anak, laki siap siap cabut baju, terbungkang depan tivi, bini berlari ke dapur masak, anak merengek minta tukarkan pempes, laki ajar anak suh pegi dekat mak, mak masak, hidangkan makanan, kemaskan dapur, naik atas siapkan peralatan anak nak sekolah, mandi, baru nak baring tetiba laki dah sengih sengih...

Tak ke nak kena tolak kalu gitu?

So, rumusannya jadikan perhubungan dan sex sebagai suatu perkara yang kita suami isteri akan enjoi..masa tu la kita nak lepaskan penah lelah kita semasa bekerja, massage each other, tell ur partner how much you love em.  Cuddles...Isteri suka dipeluk..suka dibelai..

tau?



Wednesday, January 8, 2014

Kak Joy Suka Bebel

Haa...korang da kena tipu kan? konon Kak Joy nak rajin update la kan?  Phuiiii sangat kan?

Biasala..Kak Joy kerja yuols. Bizi skit. Nak kena tingkatkan prestasi jugak ni. Well, nothing much to tell actually. Hidup normal, sama cam orang lain, tapi makin membadak je la kan. 

Oh ok, nak cerita pasal abang John (laki kak Joy). Sekarang ni dia sangat rajin bantu kak Joy kat dapur, suka rasa masakan Kak Joy, dan tambah la garam ke, gula ke apa apa yang dia rasa tak cukup. But lately makin teruk pulak dia punya lidah. Kuat masin plak sejak akhir akhir ni. Ape ke tah hal nya.. Banyak kali Kak Joy pesan, jgn banyak garam, kurang kan garam dalam masakan bla bla bla...

Dan cara cakap kak Joy macam biasa je, kekadang lelaki ni tak suka bini membebel sangat. Jadi kak Joy macam takat ckp masa sambil masak tu la.

Nak jadikan cerita, kelmarin kak Joy tak perasan, dia dah tambah garam dalam Kari Ayam . End up kari tu sangatlah masin. Tapi masuk kat tekak abang John, dia nak tambah lagi garam. Katanya tasteless!!!

Kak Joy teruskan makan. Diam, tapi dah meluap luap ni...marah, sebab banyak kali dah pesan, jaga makan, jaga itu ini. Dan setelah berpikir pikir, dipejam pejam mata, sambil basuh pinggan, kak Joy pun nekad,


"Yu, why dont you listen to me? Yu ingat bagus ke kalu banyak garam? nanti darah tinggi yu tau tak? 
Yu ingat senang ke ai nak hidup kalau yu takde?nak tanggung anak lagi"

dan abang John jawab,

"duit KWSP ai kan ada...dah dekat 60ribu kan? kan ai da letak yu as penama? insurans bagai"

uishh..meluap luap plak amarah aku ni hah

"50ribu banyak? cukup? do yu really thinks it is enuff? yu ingat yu mati, ai dpt 60k tu? tak payah hulur kat mak bapak yu jugak? ai sorang dapat? kurang kurang 10k for ur mum, 10k for ur abah!! so, tinggal kat ai 40k je. Macam mana hutang piutang yu? takkan ai tak yah setelkan? kurang kurang 15k. Pastu brape tinggal lagi kat ai?
Dah tu nak cari laki sekarang bukan senang..susah la lelaki nak kawen ngan perempuan dah ada anak ni..
kalau jumpa pun, nak buat belanja kawen? pakej perkahwinan sekarang kemain mahal? 
Tu tu yu mati...tak payah buat batu nesan? batu nesan mahal skarang...marble punya kemain la kan 3k.. Takkan ai nak letak simen biasa je..nanti belah belah family yu tuduh ai songlap semua duit kwsp yu bagai...cakap ai enjoi ke bagai..
Tu keta tu, yu mati takkan ai nak pakai keta tu lagi..mesti menimbulkan nostalgia..mesti nak tukar keta baru..acaner??
hah..acaner??

itu ai tak masuk lagi bab belanja anak!!! hah acaner?"


dan, cuma satu je perkataan yang keluar dari mulut abang John

"Ah bengong"....

Nasib la kau kan....hahahahahahaha

Ni contoh makanan sihat..tapi dia tabur garam plak untuk dia punya partion...nasib la kan...


*kemain aku bebelkan laki..entah entah kak Joy mati dulu kan?