Monday, August 18, 2014

Adakah ini tanda tanda awal?

Husband Kak Joy like gambar ni di facebook.

Apakah tandanyaaa??

Apakahhh...

Apakahhh....

Thursday, August 7, 2014

Belum mati pun sudah naik hantu.

"yu....takpe lah..kalau nanti ai mati, yu nak kawen lain, yu kawen la..tp jgn lupa tanggung jawab. Yu ada anak dengan ai..nanti dengan bini baru jgn la pinggirkan anak pulak," sambil potong bawang dan buat buat muka sedih.



Laki pandang. Mungkin dia terpedaya dengan suara manja dan muka sedih.


"tidak la ai nak buat camtu...."

"buat camtu tu buat apa? kawen lain ke abai anak?" jengil mata.

"tiada satu pun di atas"..............gelak gelak...



jengil mata....



























"yu ingat eh? kalau yu kawen lain, nanti ai mati, duit gratuiti dan duit golden handshake ai, ai haramkan yu belanjakan atas bini baru yu...yu pun tak bole dpt duit pencen ai bulan bulan...yu bagi semua duit hasil ai mati tu pada mak ayah ai..pandai la mak ayah ai bagi anak ai nanti...kalau kawen baru mampu, takkan cari duit tak mampu....nnt yu abaikan anak anak ai......ai benci yu tau!!!!!"




"tudung fareeda? bole bagi?" sambil sengih..


jengil mata!










Gelak besar...."yu mati pun tidak lagi dah naik hantu....hahahahahah"


Wednesday, August 6, 2014

Hantu Kubur pun tau cemburu tau.

Merah = Bini
Biru  = laki



"Yu, yu sayang ai tak?"

"Sayang......"

"kalau ai mati, yu kawen lain tak?"

"tak ...duit takde"

"kalu duit ade?"

" tak jugak....malas kawen dah"

"jangan tipu bole tak?"

"okay, ai tak kawen dah sebab ai hanya sayang yu...kalau kawen lain takkan ada isteri macam yu..sapa sapa tak bole gantikan tempat yu.."

"haaaa....itu je ai nak dengar....lega rasa..."



Diam..........














"tapi kalu ai kawen baru pun yu bukan boleh buat apa dah...yu kan dah mati"

jengil mata, " ai korek keluar kubur ai jadi hantu, ai cekik cekik yu ngan bini baru yu tau!!"









Tuesday, August 5, 2014

Ahkak boleh la di kategorikan sebagai ISTERI CEMBURU BUTA


Cemburu merupakan emosi dan biasanya merujuk pada fikiran negetif dan perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, terutama merujuk pada hubungan manusia. Cemburu sering kali merupakan gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat. Dalam makna umum yang digunakan dalam rencana ini, cemburu berbeza dengan iri hati, sungguhpu kedua istilah secara popular hampir menjadi sama.  Cemburu merupakan perasaan biasa dalam hubungan sesama manusia.

Cemburu sering kali diperkukuhkan sebagai siri emosi kuat dan dibentuk sebagai pengalaman manusia umum; ia telah menjadi tema banyak karya artis. 

Haa...gigih ahkak google wikipedia yuols.


Cemburu memang sinonim dengan ahkak. Tapi ahkak tatau la camne korang tafsirkan cemburu tu. Kalau ahkak duk tanya tanya laki mana pergi, dengan sapa pergi, bila nak balik, mana nak minum, sape lagi tu bole dikatagorikan sebagai cemburu, YES, Ahkak Joy memang seorang yang KUAT CEMBURU.

Eh aku gagal la nak buat pendahuluan...susah la nak olah ayat, meh la ahkak citer terus kepada titik (straight to the point).
Kisahnya begini lah kan, dua tiga hari selepas raya baru ni, ada lah kawan buat makan makan skit untuk kami. Datang la kami laki bini sekeluarga dan ada lah dalam 3 pasangan suami isteri lagi kan. Masing masing dah beranak pinak, dan dalam 4 family tu kiranya ahkak dan laki ahkak la paling muda gitu walau kekdahnya memang da kertu.

Apa la kesahnya cerita memula yang boleh membawak kepada amarah Ahkak Joy kepada mereka yerk? Ohh..ada la pasal kisah kawan kepada seorang teman ni, katanya dia bawak la seorang kawan dia keluar pegi karaoke, lepas tu nak jadi citer, si laki kepada kawannya yang dibawak karaoke tu, telefon bini dia di rumah. Jadi apa yang derang assume ialah, ISTERI kepada kawannya yang dibawaknya karaoke tu CEMBURU BUTA. Asyik sibuk je nak tau mana laki nak pergi.  Masa memula ni ahkak dah berasap dah. Lepas tu dikutuk kutuk pulak si bininya, sibuk hal laki la. Cemburu tak memasal dah sampai laki rimas lari kuar rumah pegi karaoke bla bla bla.

Masa ni ahkak Joy dah tatahan, sebab ape, ahkak letakkan diri ahkak dalam keadaan isteri yang mana duk umah tunggang langgang basuh berak anak, masak untuk laki, kemas umah, tapi bila time kita ni, isteri nak duduk duduk depan tivi, sembang sembang ngan laki bercerita apa yang terjadi di rumah pada siang harinya, tetiba laki bole pulak pegi melalak lalak, enjoy ngan kawan kawan di luar. Jadi ahkak pun jawab

"tak ada la tetiba seorang isteri tu nak cemburu atau nak curiga apa apa tanpa sebab. Sebab tu keluar pepatah, takkan pokok bergoyang kalau takde angin, mahupun monyet ke kera ke goyangkan.  Mesti ada sebab kenapa bini dia acted macam tu. tah tah sebelum tu penah kantoi ngan perempuan ke, atau pernah ada cubaan nak curang. Sebab tu sebagai wanita dan isteri, rasa curiga tu tetap ada walau si suami dah minta maaf. Tapi kami wanita tatau camne nak sorokkan rasa cemburu tu..kami lebih banyak bertanya dan tunjukkan emosi kita. Tapi orang yang tak paham akan terus judge kami sebagai cemburu buta."


Lepas tu laki Ahkak Jeling ahkak.  Mau nya tak jeling..kalau bab orang nak ckp si bini cemburu ke kongkong suami ke, ahkak sangat sangat la berapi.

Orang lain yang kawen dengan ustak dan alim ulamak bole la cakap,

"ah takpe...laki ai nak kuar lepak ngan kawan dia ai tak kisah...ai percaya dia"

tu takpe la..kalu percaya laki, duk diam diam la...tapi jgn plak nak mengata orang lain cemburu buta.
Mungkin kau percaya laki kau..tapi kau bole percaya pehempuan pehempuan sekarang??

Mungkin jugak kau cakap, ko selalu ingatkan laki kau

"kalau yu ada niat nak pasang dua or tiga, belikan ai sebuah banglo dan duit belanja bulan bulan 5 ribu"

Dan laki kau pun kata "iyaa...ai tak mampu nak beli banglo ngan bagi duit belanja bulanan 5 ribu"..dan kau terus rasa secure, kau biarkan laki kau keluar huuha huuhaa dengan kawan kawan dia. Tapi kau kena ingat, lelaki ni kalau dah jumpa perempuan yang dia suka, dia berubah hati, dia heran ape dia tak mampu bagi banglo or duit 5 ribu sebulan pun. Silap gaya ditinggalnya kau.

Dan kalau kau kata kau percaya laki kau bulat bulat, kau boleh percaya kawan-kawan laki kau? bawak pegi karaoke pulak tu. Ni mukan karaoke jamban hokey...ni karaoke yang ada extra service bagai. Tah tah kawan dia bawak kekasih gelap, dan kekasih gelap pulak bawak member tolong teman.. dan takkan kekasih gelap kawan laki ko tu nak berkepit je ngan kawna dia, mesti nak romen romen...abis yang teman nya tu mana nak letak? mesti laki ko kena melayan..end up bertukar tukar no telefon, dan sape tau nanti bole jadi scandel.

Ni nak citer kisah benar ye.  Bukan la nak kata tak boleh laki dan perempuan kawan baik, tapi pernah tak kita nak selami perasaan isteri kawan lelaki kita tu?

Masa ahkak dan abang Jay (singkatan bagi Johnny) masih lagi pasangan kekasih, ada lah satu hari ahkak ternampak satu sms dari kawan perempuan abang Jay. Apa tah mesesnya tapi ayat last sampai sekarang ahkak ingat. Tau apa dia tulis

"haa..cepat cepat delet meses ni..nanti awek nampak mengamuk plak"

dah mendapattt...memang kompem la ahkak baca..dan kompem la ahkak mengamuk. Ahkak mengamuk bukan la pasal ahkak cemburu . Ahkak kenal abang Jay baru lagi dan abang Jay memang dah lama baik dengan kawannya. Tapi yang buat ahkak marah ialah, kenapa nak kutuk awek kawan kau? kau sape? kalau kau hebat, apasal ko tak jadi awek dia? kenapa aku? 
Sama jugak. Kenapa nak perli perli kawan kawan lelaki (bagi yang perempuan) yang mana dikatanya isteri kawan lelaki ko tu kuat cemburu? kau sape? kau tau luar dalam hal laki aku?

Aku nak sibuk tanya laki aku balik pukul berapa ke, nak keluar dengan sape ke, apa hal ko nak kesah? Aku cemburu sebab aku sayang dan aku tak mau laki aku terjebak dengan perkara tak elok..dan yang paling penting, aku tak mau laki aku pandang perempuan lain. Aku dah korbankan hidup aku untuk berkahwin dengan laki aku, lahirkan anak laki aku, putuskan perhubungan sosial dengan kawan kawan perempuan bujang yang lain semata mata aku nak berkhidmat sebagai seorang isteri dan ibu kepada rumahtangga aku. Tapi yang menjadi kesedihan aku apa bila laki aku pulak cari hiburan di luar. Tak cukup lagi ke apa aku dah buat. Kau tak tahu apa jadi kepada rumah tangga aku, ko nak cakap aku CEMBURU BUTA?

Kepada pehempuan pehempuan yang lahar sangat ni mengata bini orang, moga moga nanti laki korang yang korang caya sangat tu buat hal, ....haa lepas tu pulak jangan la pulak ko nak menggelabah eh...masa tu la baru kau tahu erti penasaran!!

Dan kepada para suami, kalau betul pun nak keluar, apa salahnya kalau bini call, jawab je la. Kalau betul takde simpan resia, simpan betina apasal nak takut angkat call? Lepas tu nak citer kat kekawan bini kau camni camtu? Kau sendiri yang burukkan isteri depan kekawan apa hal?

Serius. Ahkak memang bab bab orang kata isteri orang tu cemburu buta ke hape, memang sensitif. Aku sayang laki, so, aku acted camni. Abis kau sape nak sibuk rumahtangga aku?

Sekian. 


Sunday, August 3, 2014

Kali Pertama Beraya secara kelam kelibut.

Kak Joy percaya, banyak blog blog skarang ni duk update pasal hari raya yuols. Kemungkinan besar sampai raya ke 10 kot. Khellas yuols...baju kurung berganti ganti..Gigih kan.

Bagi kak Joy dan abang Johnny, ini lah kali pertama kami beraya tanpa ibu bapa dan mertua di sisi. Kami cuma beraya bersama kawan kawan seperkerjaan yang mananya semua kaki plastik, kuat berlakon, mulut puaka, depan lain belakang lain dan pain in the ass. Nak tanak, kerna tugas, Kak Joy turutkan saje.  

Di sana dah kecoh announce hari Isnin cuti, tapi kami disini sangatlah lambat nak tau keputusan. Kerana di sini masih lagi mengikut sunnah, tengok anak bulan dengan mata kasar. Caranya orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk duduk di atas bukit, dan tengok bulan dengan mata kasar.  Nak jadikan cerita, dah jam 8.30 malam, tapi takde apa keputusan lagi bilakah rayanya. Dah dekat jam 9.00 malam, baru pihak yang bertanggungjawab announce bahawa hari Raya Aidilfitri jatuh kepada hari Selasa. Jadi, Kak Joy dan anak beranak, tido la awal kan.  


Nak dijadikan cerita, kami bangun pagi jam 5.00am, untuk siap siap bersahur dan untuk bersiap ke pejabat..
Dah makan siap sendawa bagai, baru je nak mandi, cek henpun, dapat email, rupanya  hari tu (Isnin) raya..apa lagi, kelam kelibut kami neh.

Jadinya juadah pagi raya kami adalah Nasi Lemak + Sambal Bilis.

Dah tengahari sikit baru la dapat merasa rendang daging, kuah kacang dan nasi impit.

Sedih...

Dah la mak ayah jauh...

Sob sob sob...

Bergembira la korang dekat ngan ahli keluarga.......

Wednesday, July 30, 2014

Selamat Hari Raya Yuols.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yuols.  Bagaimana sambutan Aidilfitri korang? Meriah??
Apa warna tema baju raya yuols tahun ni?
Sampai raya ke berapa baju raya yuols sedondon?
Ramai ke orang LIKE gambar raya yuols kat facebook?
Banyak mana anak yuols dapat duit raya? dapat buat downpayment kereta?

Apa apa pun ahkak Joy nak ucapkan selamat hari raya yuols...
Selamat menggodak serdak serdak kuih raya, mahupun serdak serdak duit syiling dari dalam tabung....



Wednesday, January 15, 2014

Sensasi : Isteri Bekerja Tolak Disetubuh Tak Dilaknat

Memula sekali tengok article ni macam trending kat FB, dan mostly yang share article ni adalah golongan isteri bekerja, perkara pertama yang timbul kat benak ahkak ialah

"wow, sungguh nya la nak bgtau donia yang dia ni selalu tolak permintaan suami dia"

Ahkak bukan pandai nak berceramah, atau nak berdakwah, tapi tu la kan, mende cenggini macam nak bgtau dunia yang "suami saya tidak pandai bertolak ansur dengan saya bila saya penat, sebab itu saya kena keluarkan article ni buat tatapan suami saya dan suami suami diluar sana"...

Okay, suami suami jangan senyum dan sengih melebar sangat. Macam biasa, kalau ada masalah atau perangai isteri yang tak elok, bukan salah isteri seorang ye, suami pun main peranan jugak..

Bagi ahkak, Sex is sesuatu yang patut diraikan, sesuatu yang patut dinikmati dalam perhubungan dan sex is salah satu cara untuk selesaikan masalah, pertikaian....

Ahkak tak salahkan isteri yang menolak permintaan suami. Mesti ada sebab. Kan? Antaranya, ialah merasakan Sex adalah beban, memenatkan, menyakitkan? Kenapa? Usia perkahwinan yang lama, membuatkan kehilangan "sparks" dalam perhubungan. 
Ingatkan masa kita memula kahwin dulu? Masa mula mula suami menyentuh kita? apa kita rasa? Letrik sana sini kan? Kenapa semua tu dah takde sekarang?? Kenapa? 

Jangan nak kompius sangat lah. Mendalah tu normal. Semua pasangan yang dah berkahwin "lama" kebanyakan dah ilang "letrik"nya. Jadi kalau dah hilang pun, takkan kita nak hilangkan macam tu saje? Jadi, ada cara lain untuk kita ganti ngan "letrik yang hilang" itu..

Sebab tu orang kata, buat suatu yang baru dalam perhubungan. Cipta sesuatu untuk meraikan perhubungan. Sambut anniversary dengan cara yang istimewa. Tak kisah la anniversari 1st terpegang tangan ke, Anniversary merisik ke, Anniversary bertunang ke, Anniversary Kahwin ke..kan?

Oh dah lari plak..Kita nak huraikan pasal kenapa isteri tolak pelawaan suami kan tadi? Sebabnya SUAMI sendiri... hahahah..apa apa pun kita salahkan suami lah dulu..

1. Suami menjadikan SEX adalah untuk sendiri punya kepuasan. Ahkak ada pernah terdengar cerita bahawa si isteri tak pernah orgasm sepanjang perkahwinan. Kenapa? Ada jugak orang kata, women orgasm is a mitos. Mitos ke? Betul ke? korang tak penah orgasm ke? helloooooooooooo....
Suami, please take note, mohon baiki prestasi, jangan nak sedap sorang..selagi isteri tak orgasm, selagi tu la bantu isteri..mana aci korang neh.

2. Sex is hambar. No loving words, tiada sentuhan kasih sayang..Do you guys really think kami perempuan nak terus kena attack at the private part? tak perlu nak bagi sentuhan kasih sayang? tak perlukan ciuman di dahi? tak perlukan apa apa perkataan yang mengatakan kami ni seksi, cantik dimata kamu?

3. Kemaruk sex sangat. Ingat skit, kita ni dah tua. Tak payoh la nak lenjan sangat macam memula kawen tu. Awak tu sakit lutut, high blood pressure bagai...Anak bilik sebelah pulak kompius kemain ape mende bunyi hentak hentak kat bilik sebelah ni. Go slow sudah la..Orang dah tua kan...jgn nak pecut sangat..So, cara tu, isteri pun akan enjoy.

4.  Komunikasi..Tanya isteri apa yang dia mau? Do it this way, or that way?

Isteri penat bantu suami bekerja satu hal, nak layan kehendak suami pun satu hal. Jadi sebelum suami totallay nak salahkan isteri, suami terlebih dahulu kena paham dan tau kenapa isteri berbuat demikian. 
Sekiranya suami perfect dari segala hal, membantu isteri dalam kerja rumah tangga, siapkan anak, kemas dapur selepas makan, tiada istilah isteri tolak permintaan suami selepas ni.

Ni tak, dah balik amik anak, laki siap siap cabut baju, terbungkang depan tivi, bini berlari ke dapur masak, anak merengek minta tukarkan pempes, laki ajar anak suh pegi dekat mak, mak masak, hidangkan makanan, kemaskan dapur, naik atas siapkan peralatan anak nak sekolah, mandi, baru nak baring tetiba laki dah sengih sengih...

Tak ke nak kena tolak kalu gitu?

So, rumusannya jadikan perhubungan dan sex sebagai suatu perkara yang kita suami isteri akan enjoi..masa tu la kita nak lepaskan penah lelah kita semasa bekerja, massage each other, tell ur partner how much you love em.  Cuddles...Isteri suka dipeluk..suka dibelai..

tau?



Wednesday, January 8, 2014

Kak Joy Suka Bebel

Haa...korang da kena tipu kan? konon Kak Joy nak rajin update la kan?  Phuiiii sangat kan?

Biasala..Kak Joy kerja yuols. Bizi skit. Nak kena tingkatkan prestasi jugak ni. Well, nothing much to tell actually. Hidup normal, sama cam orang lain, tapi makin membadak je la kan. 

Oh ok, nak cerita pasal abang John (laki kak Joy). Sekarang ni dia sangat rajin bantu kak Joy kat dapur, suka rasa masakan Kak Joy, dan tambah la garam ke, gula ke apa apa yang dia rasa tak cukup. But lately makin teruk pulak dia punya lidah. Kuat masin plak sejak akhir akhir ni. Ape ke tah hal nya.. Banyak kali Kak Joy pesan, jgn banyak garam, kurang kan garam dalam masakan bla bla bla...

Dan cara cakap kak Joy macam biasa je, kekadang lelaki ni tak suka bini membebel sangat. Jadi kak Joy macam takat ckp masa sambil masak tu la.

Nak jadikan cerita, kelmarin kak Joy tak perasan, dia dah tambah garam dalam Kari Ayam . End up kari tu sangatlah masin. Tapi masuk kat tekak abang John, dia nak tambah lagi garam. Katanya tasteless!!!

Kak Joy teruskan makan. Diam, tapi dah meluap luap ni...marah, sebab banyak kali dah pesan, jaga makan, jaga itu ini. Dan setelah berpikir pikir, dipejam pejam mata, sambil basuh pinggan, kak Joy pun nekad,


"Yu, why dont you listen to me? Yu ingat bagus ke kalu banyak garam? nanti darah tinggi yu tau tak? 
Yu ingat senang ke ai nak hidup kalau yu takde?nak tanggung anak lagi"

dan abang John jawab,

"duit KWSP ai kan ada...dah dekat 60ribu kan? kan ai da letak yu as penama? insurans bagai"

uishh..meluap luap plak amarah aku ni hah

"50ribu banyak? cukup? do yu really thinks it is enuff? yu ingat yu mati, ai dpt 60k tu? tak payah hulur kat mak bapak yu jugak? ai sorang dapat? kurang kurang 10k for ur mum, 10k for ur abah!! so, tinggal kat ai 40k je. Macam mana hutang piutang yu? takkan ai tak yah setelkan? kurang kurang 15k. Pastu brape tinggal lagi kat ai?
Dah tu nak cari laki sekarang bukan senang..susah la lelaki nak kawen ngan perempuan dah ada anak ni..
kalau jumpa pun, nak buat belanja kawen? pakej perkahwinan sekarang kemain mahal? 
Tu tu yu mati...tak payah buat batu nesan? batu nesan mahal skarang...marble punya kemain la kan 3k.. Takkan ai nak letak simen biasa je..nanti belah belah family yu tuduh ai songlap semua duit kwsp yu bagai...cakap ai enjoi ke bagai..
Tu keta tu, yu mati takkan ai nak pakai keta tu lagi..mesti menimbulkan nostalgia..mesti nak tukar keta baru..acaner??
hah..acaner??

itu ai tak masuk lagi bab belanja anak!!! hah acaner?"


dan, cuma satu je perkataan yang keluar dari mulut abang John

"Ah bengong"....

Nasib la kau kan....hahahahahahaha

Ni contoh makanan sihat..tapi dia tabur garam plak untuk dia punya partion...nasib la kan...


*kemain aku bebelkan laki..entah entah kak Joy mati dulu kan?