Tuesday, May 14, 2013

Rumah Kak Joy Ada Hantu?


Dah menjadi routine kami laki bini, lepas makan, mandi, geli gelis kejap dalam bilik, lepas tu turun bawah balik, tengok tivi, romen romen depan tivi sikit sikit, lepas tu dalam jam 10.30 baru naik bilik semula dan tido.

Dan rutin pembantu kami, lepas dia kemaskan meja makan, dia akan naik atas, solat bagai. Dan takkan turun turun dah...Nak menjadikan cerita, hari Isnin baru ni, dalam jam 9.30 malam gitu lepas mandi bagai, kami laki bini turun bawah, nonton tivi kejap...si Laki kak Joy minta air pulak, kak Joy pun pegi dapur sorang sorang, nak siapkan air..Macam biasa la kan, kita ni mak mak, kebetulan dah ada kat dapur, mesti la cek pintu dapur dah kunci ke belum, kalu belum, mangga la siap siap kan...
Lepas tu Kak Joy perasan lampu bilik air dapur tu menyala...lantas kak Joy tutup lampu tu...
Eh kejap, asal aku tutup lampu tu eh? kot kot la bibik ada dalam toilet?  
So, kak Joy on balik, pastu kak Joy ketuk pintu, 

"bibik kat dalam ye?"  
Lepas tu kak Joy dengar suara  "ermmmmmmm" dari dalam bilik air....

Takde la pelik sangat dia sebut ermm sebab kak Joy tau, kalu dalam jamban, tak elok bercakap...khenz?

Pastu kak Joy pun menyertai laki Kak Joy menonton telebisi..Pastu almost setengah jam, tunggu-tunggu takde pulak bibik naik atas, sebab kalu nak naik bilik dia, haruslah lalu melintang kitaorang nih...

Kak Joy pandang husband, pastu bgtau dia, yang bibik ada dalam bilik air bawah...lepas tu laki Kak Joy cakap, tadi dia naik atas, bibik ada kat bilik tengah baca kuran.....

Kak Joy tersentap kejap yuolsss....kak Joy pun tarik laki ajak pegi dapur...and laki Kak Joy bukak pintu bilik air...KOSONG yuolssss...

Kitaorang berlari naik bilik bibik, tanya bibik, ada tak bibik turun bawah guna toilet bawah...
bibik kata takde..ye la kan, apa gile toilet atas sebelah bilik dia pun ada nak pakai jamban bawah buat ape...
Lantas, bibik menyeringai..

"ngak ada bibik turun bawah....itu mesti apa apa itu..."

Dan kami laki bini berpandangan...

Malam itu berakhir kami laki bini tido berpelukan.....




takut sebenarnya..hahahahahha

4 comments:

♥cikmOt♥ said...

hover gambar profile mu joy...

Joyah Kebaya Ketat said...

kenapa kak Mot? tak cun kah Joy?

Hidemichi said...

moral of the story...antu menghangatkan hubungan somi isteri.

♥cikmOt♥ said...

aku sokong ngan hidemichi tu...hahaha...baru lah menyengat...