Wednesday, May 15, 2013

15 Mei 2013 Suami teman sepejabat meninggal.

Assalamualaikum.

Ni kisah petang semalam. Suami kepada salah seorang office mate Kak Joy meninggal petang semalam...Al-Fatihah untuk arwah...Semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beramal soleh.

Cuma nak bercerita kesedihan dan kepiluan yang Kak Joy alami sendiri semalam. Kak Joy ke hospital petang semalam, dan Kak Joy memang masuk pun bilik kecemasan dan nampak arwah yang kaku atas katil hospital...Tiup bantuan pernafasan pun masih ada dimulut arwah. Kat tepi arwah pun masih ada anak lelaki tunggal arwah, berumur 14 tahun, masih dalam uniform Kadet Polis..Mungkin dari aktiviti sekolah kot. Dan kawan nya Kak Joy (isterinya arwah) pun masih di sisi jenazah.

Yang sedihnya kawannya Kak Joy ni orang Kelantan. Saudara mara jauh, atau tengah kerja, mungkin ambil masa lama sikit nak datang ke Hospital. Jadinya sebagai kawan-kawan sepejabat, Kak Joy dan rakan lain, sedaya upaya cuba menenangkan kawan kami. Uruskan tentang urusan mengeluarkan jenazah dari hospital, urusan van jenazah, untuk urusan mandi dan kafankan jenazah..Alhamdulillah, Allah permudahkan kerja kami. Jam 6.30 petang semalam jenazah pun siap dan bergerak dari sini menuju ke Jeli, kampung halaman kawan Kak Joy untuk urusan seterusnya.

Arwah bukan la dalam kategori sakit tenat..Arwah sebenarnya dalam proses recovery..Da bole bekerja.. Cuma tengahari semalam tetiba dia pitam. Dah arwah menghembuskan nafasnya di Hospital..Di sisi anak dan isteri.

Apa yang cuba Kak Joy nak tekankan kat sini ialah, kita ni sebagai isteri, kadang kadang tak sedar bila kita sakitkan hati suami kita. Entah ada atau tidak redho suami kita kepada kita, entah suami kita simpan amarah semalam kepada kita. Dalam keadaan sihat pun Allah bole tarik nyawa suami kita..Bersediakah kita? Bagaimana kita nak uruskan keperluan anak, keperluan diri sendiri tanpa suami di sisi, sedangkan selama ini suami kita lah menjadi tulang belakang dan menjadi harapan kepada kita? 































Oleh yang demikian bole la korang beli insuran dari Kak Joy untuk bekalan masa depan...





















ermm..arr..sorry la..Kak Joy tak jual insuran la..Shilaker kan dalam serius serius sempat lagi jual insuran..tak la..Kak Joy bukan agen insuran..Cuma mengingatkan diri sendiri, dan kak Joy suka nak ingatkan kawan kawan, semoga sentiasa beringat..bukan dari segi financial je, dari segala aspek. Kita takkan pernah jangka apa akan jadi kejap lagi, esok atau pun bila bila..Semua tu adalah ketentuan Allah...

Semoga kita akan tabah dan dapat mengharungi apa yang akan terjadi dalam hidup kita bebila masa saje...
Dan semoga Kak Maz dan Afiq tabah hadapi dugaan Allah ini..

Alfatihah..

1 comment:

Suzeng Shaklee said...

Al- fatihah...semoga arwah tenang di sana.. n isteri dan anak tabah mengharungi hari demi hari..amin.


mu mmg..suke mainkan perasaan.. ye ye ingt mu jual insurans sungguh.