Monday, May 27, 2013

Kesedihan ini disebabkan oleh FACEBOOK.

Kak Joy ada sorang kawan yang kak Joy add kat facebook..kawan ni kak Joy kenal dah lama gile..Dari sekolah lagi...Dah berbelas tahun okeyh....
Semalam kak Joy perasan dia up status nak delet a few of her frens dalam facebook dengan alasan

- Add dah lama, tak penah komen
- Nick name mengarut, profile pic pun mengarut
- Tak kenal sape..

Pastu dia tulis lagi, sape yang nak kekal dalam frenlist dia, mesti pm dia dan bgtau sebab sebabnya ngape nak terus berada dalam frendlist dia (Lahanat, diva sangat kau kan?)..

Kak Joy pun tak amik pusing la kan sebab kak Joy pikir dia memang ingat kak Joy, lagipun kak Joy bole dikatakan kawan lama dia, dan kak Joy punya FB pakai nick nama yang dekat dekat ngan nama sebenar..

Tapi yang menjadi amarah kak Joy pagi tadi, bila kak Joy search nama dia, tetiba jadi unfren dah...eh siot betol Kak Joy ni nak bagi jemputan kenduri weeken ni kat rumah Mak kak Joy...

Berlagak kau kannnnnnnnnnnnnn!!!!!

Kalu ko artis tetiba nak delet nak tambah fren dari golongan wartawan or pengarah or penerbit, ok la lagi..
Tapi ni Non Ado ok!!

siot..!!!

Monday, May 20, 2013

Bergurau pun batas batas hokeyh...??

Ini kisah laki bini..biasanya korang baca blog, mesti kisah gelpren ngan boipren kan? pasti meluat...
Tapi kali ni kisah laki bini, yang ni DOUBLE MELUAT lah...bole la caruts , "macam dia sorang ada laki"...
Tapi, ada aku kesah? hahahha

Bangun pagi tadi, Kak Joy sedikit lemau..Sebelah peha kak Joy macam sengal yang amat...Tapi kak Joy takde la amik dulik..lantak la..baiklah kiranya kak Joy mandi cecepat lepas tu cecepat masuk opis..Ye dak?
Sampainya opis, dah rutin mesti sms sang suami, dan kak Joy bgtau dia yang Kak Joy sengal sakit kaki..
Dan dia pun kata, dia sakit badan, sengal badan...Oh apakah? jadi kitaorang pun wat tatau jugak..

Biasa, lunch hour Kak Joy balik rumah..Makan, cekedaut skit skit apa yang bibik kat rumah buat..lepas tu baru la masuk opis semula..nak jadikan cerita, masa Kak Joy da abis bagitau apa menu nak makan, bibik bgtau

"nanti malam bawak bibik ke klinik ya..badan bibik sakit sakit bangun pagi tadi"

so, kak Joy said, ok je la kan. Jadi urusan nak membawak orang ke rumah sakit ni, kak Joy sms kepada bapaknya Suami kak Joy..

Dan macam biasa, suami Kak Joy call la...

"apsal pelik la ye hari ni kita tetiga semua sakit badan?"

Kak Joy pun diam je la..dah nak sakit badan nak wat camne

"tah tah ada SAKA kat rumah kita kan?? saka tu gigit peha you kan?"

lahanatttt..ini yang aku marah ni..dah tau aku penakut lagi ada hati nak usik usik..

Aku tak suke la gurauan camni..


Sunday, May 19, 2013

Melachor Perhatian

Hai Yuols..
Hows ur Monday? birukah?
Arini Kak Joy nak citer pasal salah seorang kawan dalam frenslist Kak Joy yang amat amat menduga kesabaran Kak Joy...Kak Joy rasa korang korang pun ada jugak terberkawan dengan sepisis sebegini dalam frenlist korang kan? Mesti ada punya..Tak caya cuba korang baca dulu.. Dan bandingkan...

Kalau korang pasan, mesti ada salah seorang teman fb korang yang rajin update status yang menggambarkan dia dalam kesakitan, jiwa merana, hati patah, telah ditinggalkan bagai. Knowing her memang dah kawen, dan kenal dia pun da lama, kita pun monitor dulu...Tapi makin lama makin teruk status nya..sampai tahap macam nampak dia dah takde daya upaya nak hidup dan macam dah ilang semangat nak hidup bagai... Dan status kecewa tu berterusan almost sebulan dah...
Kita ni mmg tak tau hujung punca la kan, nak tinggal komen tanya kenapa, sah sah takkan dia nak citer kat public, so kita yang "sangat-sangat prihatin" ni pegi la PM dia...

Dah kita pm, ngan salam bagai cukup baik, tanya la..
"dah kau ni kenapa? teruk sangat ker bergaduh ngan laki, takkan la sampai takde semangat lagi nak idup macam mana dengan anak anak?"

Dan yang kat sini la yang babiknya, bole menjawab pulak, amarah kat kita katanya there's nothin goin on with her husband and kita ni pulak yang cuba nak porak perandakan rumah tangga dia dan kita ni bizi body sedangkan status dia tu takde kena mengena dengan rumah tangga dia...

Lepas tu muncul lagi satu status dari si dia macam nak mengatakan yang ada orang yang sibuk sibuk hal rumah tangga dia dan cuba nak buat dia terganggu..dan yang double babik ialah, si tukang komen status dia tu pulak duk kutuk kita sama sama dengan si pembuat status sedangkan si tukang komen tu tatau hape hape citer...

Ko tak hangin dengan manusia sebegini? status kemain bersedih hati, porak peranda hidup bagai. Dan ko memang da tau dia dah kawen..ade laki...Yang peliknya status frust tu untuk sape? dan la tu berpanjangan pulak tu status merana kecewa selama sebulan...

Mesti ada problem dengan laki ye dak? 
Takkan la problem dengan penjual nasik lemak kat bawah flat yang mana sambalnya terlebih pedas sampai up status nak pegi mati kot??

Oh Pehlis la golongan yang melachor perhatian sebegini..Get a Life...kalu kenot get a life pun, get urself a penis..bole?

Friday, May 17, 2013

MunahHirziOfficial From Singapore


Pernah dengar nama Munah dan Hirzi? derang dari Singapore..Video derang pun kelakar...
Cuba pegi YouTube dan cari MunahHirziOfficial..
Kelakar la Derang tau..

Wednesday, May 15, 2013

15 Mei 2013 Suami teman sepejabat meninggal.

Assalamualaikum.

Ni kisah petang semalam. Suami kepada salah seorang office mate Kak Joy meninggal petang semalam...Al-Fatihah untuk arwah...Semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beramal soleh.

Cuma nak bercerita kesedihan dan kepiluan yang Kak Joy alami sendiri semalam. Kak Joy ke hospital petang semalam, dan Kak Joy memang masuk pun bilik kecemasan dan nampak arwah yang kaku atas katil hospital...Tiup bantuan pernafasan pun masih ada dimulut arwah. Kat tepi arwah pun masih ada anak lelaki tunggal arwah, berumur 14 tahun, masih dalam uniform Kadet Polis..Mungkin dari aktiviti sekolah kot. Dan kawan nya Kak Joy (isterinya arwah) pun masih di sisi jenazah.

Yang sedihnya kawannya Kak Joy ni orang Kelantan. Saudara mara jauh, atau tengah kerja, mungkin ambil masa lama sikit nak datang ke Hospital. Jadinya sebagai kawan-kawan sepejabat, Kak Joy dan rakan lain, sedaya upaya cuba menenangkan kawan kami. Uruskan tentang urusan mengeluarkan jenazah dari hospital, urusan van jenazah, untuk urusan mandi dan kafankan jenazah..Alhamdulillah, Allah permudahkan kerja kami. Jam 6.30 petang semalam jenazah pun siap dan bergerak dari sini menuju ke Jeli, kampung halaman kawan Kak Joy untuk urusan seterusnya.

Arwah bukan la dalam kategori sakit tenat..Arwah sebenarnya dalam proses recovery..Da bole bekerja.. Cuma tengahari semalam tetiba dia pitam. Dah arwah menghembuskan nafasnya di Hospital..Di sisi anak dan isteri.

Apa yang cuba Kak Joy nak tekankan kat sini ialah, kita ni sebagai isteri, kadang kadang tak sedar bila kita sakitkan hati suami kita. Entah ada atau tidak redho suami kita kepada kita, entah suami kita simpan amarah semalam kepada kita. Dalam keadaan sihat pun Allah bole tarik nyawa suami kita..Bersediakah kita? Bagaimana kita nak uruskan keperluan anak, keperluan diri sendiri tanpa suami di sisi, sedangkan selama ini suami kita lah menjadi tulang belakang dan menjadi harapan kepada kita? 































Oleh yang demikian bole la korang beli insuran dari Kak Joy untuk bekalan masa depan...





















ermm..arr..sorry la..Kak Joy tak jual insuran la..Shilaker kan dalam serius serius sempat lagi jual insuran..tak la..Kak Joy bukan agen insuran..Cuma mengingatkan diri sendiri, dan kak Joy suka nak ingatkan kawan kawan, semoga sentiasa beringat..bukan dari segi financial je, dari segala aspek. Kita takkan pernah jangka apa akan jadi kejap lagi, esok atau pun bila bila..Semua tu adalah ketentuan Allah...

Semoga kita akan tabah dan dapat mengharungi apa yang akan terjadi dalam hidup kita bebila masa saje...
Dan semoga Kak Maz dan Afiq tabah hadapi dugaan Allah ini..

Alfatihah..

Lakinya Kak Joy Menipoo Sunat Kekdahnya...

Harini nak cerita lagi pasal kisah hantu dekat rumah Kak Joy... Walau kejadian adalah pada hari Isnin yang lepas, insiden tu masih tak bole lupa yuols..
Bibik pulak dua tiga hari ni asik tanya, 
"masih takut kah lagi masih takut lagi kah"..

Kak Joy pun curiga jugak..Tah tah tu antunya si bibik..mana tau kot kot bibik pasang "pembantu" ...tak larat dia hari hari nak bersihkan campuk campuk kunen kat sepender, kesan kesan melekit kat boxer lagi...ye dop? asik adeee jek...

Nak jadikan citer, sebelum tido kelmarin, tetiba si Laki Kak Joy bgtau..

"ai dah ingat dah yang aritu yu cakap yu dengar orang ckp errmmm tu"

"hoh..pebende?"

"kan yu duk dapur kan...ai dengar macam yu panggil ai, so ai ckp la ermmm..."

"ye dop ni?? ye dop??"

"ye lah..betul...serius ni..."

Kekadang laki Kak Joy memang suka menipu..jadi nak patahkan penipuan dia, Kak Joy minta dia bersumpah

"betul yu menyahut errrmmm tu? Sumpah dengan nama Allah?"

Pastu dia pusing

"eh mana pergi HP ai ye?"

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


Tuesday, May 14, 2013

Rumah Kak Joy Ada Hantu?


Dah menjadi routine kami laki bini, lepas makan, mandi, geli gelis kejap dalam bilik, lepas tu turun bawah balik, tengok tivi, romen romen depan tivi sikit sikit, lepas tu dalam jam 10.30 baru naik bilik semula dan tido.

Dan rutin pembantu kami, lepas dia kemaskan meja makan, dia akan naik atas, solat bagai. Dan takkan turun turun dah...Nak menjadikan cerita, hari Isnin baru ni, dalam jam 9.30 malam gitu lepas mandi bagai, kami laki bini turun bawah, nonton tivi kejap...si Laki kak Joy minta air pulak, kak Joy pun pegi dapur sorang sorang, nak siapkan air..Macam biasa la kan, kita ni mak mak, kebetulan dah ada kat dapur, mesti la cek pintu dapur dah kunci ke belum, kalu belum, mangga la siap siap kan...
Lepas tu Kak Joy perasan lampu bilik air dapur tu menyala...lantas kak Joy tutup lampu tu...
Eh kejap, asal aku tutup lampu tu eh? kot kot la bibik ada dalam toilet?  
So, kak Joy on balik, pastu kak Joy ketuk pintu, 

"bibik kat dalam ye?"  
Lepas tu kak Joy dengar suara  "ermmmmmmm" dari dalam bilik air....

Takde la pelik sangat dia sebut ermm sebab kak Joy tau, kalu dalam jamban, tak elok bercakap...khenz?

Pastu kak Joy pun menyertai laki Kak Joy menonton telebisi..Pastu almost setengah jam, tunggu-tunggu takde pulak bibik naik atas, sebab kalu nak naik bilik dia, haruslah lalu melintang kitaorang nih...

Kak Joy pandang husband, pastu bgtau dia, yang bibik ada dalam bilik air bawah...lepas tu laki Kak Joy cakap, tadi dia naik atas, bibik ada kat bilik tengah baca kuran.....

Kak Joy tersentap kejap yuolsss....kak Joy pun tarik laki ajak pegi dapur...and laki Kak Joy bukak pintu bilik air...KOSONG yuolssss...

Kitaorang berlari naik bilik bibik, tanya bibik, ada tak bibik turun bawah guna toilet bawah...
bibik kata takde..ye la kan, apa gile toilet atas sebelah bilik dia pun ada nak pakai jamban bawah buat ape...
Lantas, bibik menyeringai..

"ngak ada bibik turun bawah....itu mesti apa apa itu..."

Dan kami laki bini berpandangan...

Malam itu berakhir kami laki bini tido berpelukan.....




takut sebenarnya..hahahahahha

Monday, May 13, 2013

Happy Mother's Day To Me


Semalam, radio asik la sebut sebut Selamat Hari Ibu la, apa selebrasi yang pendengar buat untuk ibu mereka walhal satu habuk pun tarak Jack wish me..

Ada satu pendengar lelaki menalifon radio and wishing his wife over the national radio, masa tu Joy dalam kereta menuju ke kedai makan...

Selepas lelaki tu letak telefon, Joy pun berpaling kepada hubby

"untung kan isteri dia..husband dia wish tru national radio lagi kan, Sayang?"

As usual, laki Joy goes

"ellehhhhhhh"..................................

Lepas tu Joy diam je la..sebab Joy tau, hubby Joy hanya akan wish on birthday and anniversary saje...
Later, kitaorang pegi makan. Joy pun takde dah bising bising..Orang tak sudi takkan kita nak sebuk kan?

Bangun pagi tadi, sebelum hubby pegi kerja, he did kissed me, then he said,

"selamat Hari Ibu, baby..thank you for being a great mom untuk anak i..."

katanya lagi, "sorry, tak wish sebab ustat tak kasi celebrate..katanya kita sambut hari mother church..."

Joy terus tempelak, "Ustaz mana ?? Ustaz Facebook ka?"

Then he smiled...

hihi

Sunday, May 12, 2013

Happy Mother's Day


Last weeken, sabtu lah, Joy balik kampung. Berjumpa dengan mak Joy dengan J (my husband). 

For Mother's Day celebration tahun ni, Joy hadiahkan mak Joy jam tangan Pearl..tapi Joy lupa nak snap pic..Cantik sangat, semoga mak happy dengan hadiah itu.

Kebetulan tak bole nak celebrate sangat sebab hari yang sama ada kematian di sebelah saudara mak.
Bila berada di sisi mak ni sangat sangat rasa tenang kan? Berada di sisi mak, sangat tenang, rasa ilang semua masalah dipejabat, masalah dengan kawan kawan semua ilang..
Berbeza kan bila berada di sisi suami kan? asyik rasa nak main je..hahahah

Ok lah..Happy Mother's Day and to all mothers out there.



I Love You, Mok