Wednesday, August 5, 2015

Cubaan Bergosip ala Kokesen

Tadi temankan Abam John pegi amik anak kat sekolah...

Entah kenapa dia minta teman amik anak. Malas nak parking keta lettuew..

Kebetulan harini matahari ada keluar skit..Perit sikit, tapi still sejuk.

Kalau sejuk, kompem tak hengen Kak Joy keluar dari pejabat..duduk sebelah heater sambil tangan kepam tetet lagi selesa..lagi menyelerakan...
Tapi sebab semalam Abam John buat baik..vacumm rumah, tolong lipatkan tuala, Kak Joy kasi muka la..

Sampai sekolah, Kak Joy duduk jauh skit dari parents lain. Duk kat bawah pokok..Bawah teduh la orang kata. Kak Joy ni tak bole nak silau silau, pening mata skit. Kekesen semua duk tengah2 padang konon nak amik cahaya matehari bagai...koser Kak Joy tau.

Lagi satu, Kak Joy malas nak mingle sangat sebab enggeris Kak Joy not so tall..malu la kalu gagap gagap speking ngan kokesen. Tapi tadi nak jadi cerita ada sorang Kokesen datang duk seblah. Tah ngape, 

"beautiful day aite? i love when the sun come out like this"

Kak Joy pun jawab,
"owh..back in my Country, everyday got sun..put wet clothes 1 hour dry yu know?" (enggeris kak joy mmg gitu..maklumla orang kampung)

dia pun jawab
"so, your country must be lovely then..everyday you can go to beach, swimming bla bla bla"

masa tu pun kembang kencup dah hidung Kak Joy...Vangga yuols...baru je nak pose kibas kibas rambut kena kokesen tu...tetiba dia tanya..

"so, tell me...what the hell is goin on with your country? 2.6billion?? what is that?"

babik!! nak gosip rupanya..

baik aku blah!



Monday, April 27, 2015

Kalau Betul Keterbang Tu Terhempas, Jangan Ingat Pulak Doa Mu Tuhan Makbul.

Hai,

Orang kata sebab mulut badan binasa..

Ada kawan up status kat fb, tentang seseoarng naik pangkat.
Dan ahkak dengan nada bergurau pun cakap, so, si PA orang tu, kira naik pangkat jadi Bos la kan.

Tapi kita tatau kekadang apa kita taip tu, niat bergurau, tapi ada orang terguris.

End up, orang kecik hati, dan katanya telah doakan keterbang ahkak nak balik Meresia nanti terhempas..

Hurm...
Itu kira doa ke? 


Thursday, April 23, 2015

Melayu Islam Minum Red Wine di Luar Negara.

Alhamdulillah, kesihatan beransur baik. Cuma jalan selow selow...no more jalan kepit kepit...Kena jalan kengkang2 skit macam ada batu besar celah kangkang sebab kalu kepit, lagi sakit tulang tongkeng.

Nak jadi citer, kakaks caruts kuat datang melawat di rumah sepanjang Ahkak bercuti sakit. nak dijadikan cerita, atas meja makan ahkak, ada la botol (seperti gambar di bawah).

Macam biasa lah, anak ahkak ni suka minum jus blekkarrent. Jus anggur la orang Merayu panggil khen? Ritu ahkak beli dah ribena, tapi derang ad dinch sangat. Beli jenis jus jus lain pun derang tak suka. So, ada ahkak pegi  satu mall, jual groceries, terjumpa la air sparkling ni.  Beli lah kah, dan bagi la anak ahkak minum. Suka pulak derang minum sparkling ni. Okay la kan, minum air anggur banyaklah vitamin nya.  

Kakaks caruts kuat   : eh ni botol air apa ni?

ahkak Joy    : air jus anggur

Kakaks Caruts Kuat  : eh ko jangan nak tipu aku ye? kau laki bini minum wine eh? nak jadi kapir ye? ko ingat aku bodo ke?

ahkak Joy    :  akak oi, ni air jus anggur la..letak gas skit...sparkling nama nye....meh ai ai kasi yu rasa.


ahkak pun bukak la....kalu siapa penah minum sparkling ni mungkin la tau kot, nak bukak botol ni ada la bunyi pop skit..

Kakaks Caruts Kuat   :  haa..tu bunyi macam bukak wine tu...biasa akak tengok dalam tivi omputih minum camtu.

ahkak Joy   : ishh..takde la..air biasa je ni..tak mabuk pun ni...minum minum...macam air ribena je ni.

Kakaks Caruts Kuat   : kalau bukan wine pun, rupa bentuk pun sama je ni..menyerupai ni ...berdosa ni....


ahkak malas layan lah..ko nak minum, minum je la..ko nak caruts, suka ati ko lah kan?? lantas ahkak hulur jugak la kat suami si Kakaks Caruts Kuat tu.


Suami kakaks caruts kuat    : Eh...ni rasa sama je macam wine...cuma takde alkohol je..


dan ahkak pandang suaminya si Kakaks Caruts Kuat dan tanya.


"eh yu tau plak ye rasa wine camne?"



Sekian.

Wednesday, April 22, 2015

Terima Kasey Yuols. (walau hakikat saling maki memaki)

Ahkak tergolek jatuh tangga rumah yuols! Sakitnya Ya Robbi.


Dulu masa muda rewmawjew dulu bukan tak penah jatuh pokok, jatuh beskal, jatuh katil secara terduduk, penah jugak, tapi efek kesakitan  tu tidaklah seteruk ini yuols.

Bukan lah nak cerita pasal kesakitan pongkok ni sangat....tapi nak citer pasal perangai perangai bani Merayu di bumi konkosen ni...

Bila dah jauh dari bumi Meresia, memasing mula la rasa hebat, angkuh, riak takabbur gittuew (kira ahkak termasuk lettuew gamaknya). Aku baik ngan kau, tapi aku tak suke orang tu, so ko jgn g kawan ngan orang tu...

Ko baik ngan orang tu, aku tak suka orang tu orang ni, ko jgn nak kawan ngan orang ni, ko baik ngan dia, so aku putus kawan ngan ko...
Haaa....gitu la kekdahnya....dan sedikit annoying la bila ko, orang Islam, duduk di bumi kokesen ni, bila ko terlebih rapat dengan kokesen. Join derang birthday party anak nya, join derang piknik-piknik bbq bagai, terus ko di cop murtad..makan babi, pegang hanjing, togok beer, lupa waktu solat.

Bukan la ahkak nak meng"up"kan status ahkak ni kan..ahkak kador diri, tak bertudung, tapi ahkak tidak pulak nak mencerca mereka yang bertudung tu...walau mulut tu sampai senget senget makan daging saudara sendiri....

Meka ni time bila mengata kawan kawan seMeresia, kemain meriah, dia tak kena, dia jahat, dia masak tak sedap, dia kontrol laki, dia dera lagi, aku ni je la yang baiknya...ko jgn kawan ngan dia nanti ko jadi cam dia...ishhh...serba serbi dikontrol la. Lelebih lagi ahkak ni paling mudew rewmajew kat sini..kena la ikut cakap ahkak ahkak "tua" skit dari ahkak.. Konon banyak pengalaman gittuew.

oh citer pasal tu, lupa plak. Mereka mereka ni sesama mereka bila depan kemahin mulut manis, secangkir madu gitu..bila belakang belakang, mengata hebat..

tapi lantak la kan, yang penting sepanjang ahkak tersadai di rumah, melayan sakit pongkok, bertalu talu orang datang hantar lauk.. Biasala, orang sakit mana larat nak masak.

Dan terima kasih la yuols.. berjemaah jugak yuols berbincang apa nak masak untuk orang sakit ni...walau hakikatnya ai tau, yuols ni saling maki memaki...


Thursday, March 26, 2015

Bosang, Tensi, Sakit Hati

Kalau nak ikutkan bulan April 2015 ni, genaplah Kak Joy setahun enam bulan di sini (bukan UK, bukan London, bukan US). Tiap kali family tanya apa perasaan duduk jauh dari Maresia, jawapan Kak Joy cumalah, "ok, boleh la...boleh tahan"

Tapi sebenarnya hati Kak Joy meronta ronta untuk balik ke Meresia. Kak Joy windukan suasana Meresia. Kak Joy rindu kan panas hangat Meresia, rindu bau Ketibas (ketiap basah)..kalau tak ketibas, macam mana nak rasa aroma tido bawah ketiap laki, kata nak panjang umur kan??(motip? matilakau tak paham)

Duk sini for first year, Alhamdulillah, happy lah kan...ye lah, barang baru...kekawan semua baru...tapi nak masuk 2nd year, memasing dah tunjuk taring memasing. Aku besar dari kau, kau hanak hekan halus, ikut cakap aku..aku cakap jangan kawan ngan orang tu, ko kawan je ngan aku, aku la baik, aku yang hebat, aku la pandai masak, aku paling caring.....aaahhhh Pitammmm...

Politik? politik di pejabat ada, politik dalam berkawan ada...yang pentingnya, memasing semua berebut rebut since Kak Joy la pangkat paling balaci di sinih...
sebab ko keja kat sini, aku tinggi jawatan dari kau, laki kau kat rumah pun kena jadi balaci aku jugak...

huh...

Dan kalau korang tanya, apa pe'el bangsa Merayu lain yang duduk kat sini, huh...melopong korang..

tunggu ada masa la cite panjang...mata ai tetiba nak berak pulak...

ktxbai!


Monday, August 18, 2014

Adakah ini tanda tanda awal?

Husband Kak Joy like gambar ni di facebook.

Apakah tandanyaaa??

Apakahhh...

Apakahhh....

Thursday, August 7, 2014

Belum mati pun sudah naik hantu.

"yu....takpe lah..kalau nanti ai mati, yu nak kawen lain, yu kawen la..tp jgn lupa tanggung jawab. Yu ada anak dengan ai..nanti dengan bini baru jgn la pinggirkan anak pulak," sambil potong bawang dan buat buat muka sedih.



Laki pandang. Mungkin dia terpedaya dengan suara manja dan muka sedih.


"tidak la ai nak buat camtu...."

"buat camtu tu buat apa? kawen lain ke abai anak?" jengil mata.

"tiada satu pun di atas"..............gelak gelak...



jengil mata....



























"yu ingat eh? kalau yu kawen lain, nanti ai mati, duit gratuiti dan duit golden handshake ai, ai haramkan yu belanjakan atas bini baru yu...yu pun tak bole dpt duit pencen ai bulan bulan...yu bagi semua duit hasil ai mati tu pada mak ayah ai..pandai la mak ayah ai bagi anak ai nanti...kalau kawen baru mampu, takkan cari duit tak mampu....nnt yu abaikan anak anak ai......ai benci yu tau!!!!!"




"tudung fareeda? bole bagi?" sambil sengih..


jengil mata!










Gelak besar...."yu mati pun tidak lagi dah naik hantu....hahahahahah"